Thursday, November 4, 2010

Nur Alia Farisha Nama mu seindaH Hatimu

       Ketika aku masih bersedih dan terluka, hidup seperti tidak bermakna lagi buatku. Namun ketika itu juga teman-teman memberi semangat dan membuat aku tersenyum, walaupun senyuman itu tidak semanis selalu tapi sedikit senyuman itu memberi aku kekuatan yang tersisa.
        Ketika itu juga seorang teman yang sangat mengambil berat dan sentiasa berusaha buat aku tersenyum menceritakan kisah seorang gadis dan cerita itu benar-benar membuatkan aku sedar bahawa ada insan lain lagi yang benar-benar tersiksa dan menderita daripadaku.
        Nur Alia Farisha nama mu seindah hatimu, seorang yang tabah,manja dan mudah tersenyum apabila dipujuk. Dia juga pernah putus cinta seperti insan lain tapi dia tabah dan orang yang sering membuatkan  Nur Alia Farisha senyum adalah temanku yang juga selalu menyuruhku senyum. Mungkin dia layak di beri nama Mr.SmiLe. Mereka selalu meluahkan rasa hati masing-masing. Mr.Smile begitu menyayangi gadis yang tabah itu namun hubungan mereka tidak lebih daripada seorang adik dan abang.
          Tiba-tiba satu hari sewaktu Mr.Smile masih orentasi di USM dia mendapat khabar bahawa gadis yang tabah itu sudah tiada dan tidak mungkin akan kembali lagi, tiada lagi senyuman manja daripadanya semuanya telah berakhir. Tiada kata lain yang mampu diungkapkan setelah kehilangan seorang yang begitu dikasihi.
           Gadis itu sudah lama sakit dan menderita dengan penyakit kenser otak yang dialaminya. Dia tidak pernah merungut, tidak pernah menyalahkan takdir dengan keadaannya, dia masih mampu memberi senyuman manis kepada orang lain walaupun menderita. Semua teman-temannya tidak mengatahui dia menderita sakit termasuk lah Mr.Smile yang dia anggp sebagai abang.
            Tabah dan kuatnya dia, dalam senyuman tersimpan 1000 satu kedukaan dihatinya, dia berusaha melawan penyakit yang dihadapinya tanpa penyesalan. Senyuman mampu menjankau segala-galanya.
walaupun perit dan menderita dia tidak perna peduli, dia tidak pernah menyusahkan orang lain dengan penyakit yang dialaminya tetapi dia mengembirakan orang lain dengan senyuman manisnya.
             Nur Alia Farisha pasti orang tuamu bangga punya anak yang kuat seperti kamu, teman-temanmu pasti merindui gadis yang bernama Nur Alia Farisha kerana kamu begitu luarbiasa dan sentiasa menyenangkan  
mereka dengan gelagat manjamu. Senyuman manismu pasti dirindui setiap orang, kerana kamu begitu indah.
semoga rohmu damai di sana amin...

1 comment: