Thursday, November 4, 2010

FiNaLLY aLL aBoUt uS Is OvER (cerpen)

       semUAnya seperti mimpi..terlalu sukar untuk diterima, menangis air mata darah sekalipun cinta ini tidak mungkin pulih. Sukar untuk melepaskan kepemergiannya, segalanya seperti ilusi semata-mata, mimpi indah yang berakhir dengan mimpi ngeri. Penat merayu meratap dan menangis tetapi semuanya telah berakhir.
         Semua tentangnya akan ku simpan dalam hati buat selamanya, kamu begitu istemewa bagi aku dan tidak pernah terdetik untuk meninggalkan kamu. Aku perlu waktu yang panjang untuk melupakan mimpi negeri ini, entah mampu atau tidak terletak pada pilihan ku. Apa pun yang terjadi selepas ini aku kena tabah dan terus tabah. aku fikir Cinta itu buta kerana aku tidak bisa melihat insan lain selain kamu. Cinta itu buta kecuali ketika kamu menuntunku dalam gelapnya. Cinta itu buta, bisu, tuli, dan lumpuh sehingga aku membiarkannya membawa separuh jiwaku pergi. Namun aku tersedar dan aku memahami bahawa Cinta itu tidak buta tetapi memahami.
          Melihat kamu pergi membuat hati ku sakit, kerana aku mencintai kamu. Tapi aku melepaskan kamu pergi kerana aku cintai kamu. Aku sememangnya degil dan selalu tidak mendengar kata, aku minta maaf walaupun kata maaf ini sudah terlambat namun aku tetap ingin mengatakannya. Pesan kamu akan selalu ku ingat sampai nanti walaupun waktu itu sudah berubah.
          Aku masih ingat kali terakhir bersama kamu, aku mengenggam tanganmu dengan air mata yang tak henti-henti mengalir dengan perasaan yang sebak dan sakit. Aku tidak mampu menatap wajah kamu kerana itu sangat sulit untukku lakukan. Kamu mengingatkan aku setiap pesan-pesan mu dengan ku, dan aku begitu ingat sekali semua pesan itu, satu persatu ku sebut semua pesan itu dalam sendu tangisan. Aku tahu kamu juga menangis ketika itu tetapi aku tidak berani melihat wajah kamu, kerana melihat kamu bersedih membuatkan aku terluka dan menyedarkan aku bahawa aku sudah gagal membahagiakan kamu.
          Selepas ini entah boleh lagi atau tidak untukku tersenyum seperti selalu, kehilanganmu membuatkan aku seperti tidak bernyawa lagi.Tapi ini kenyataan yang perlu diterima walaupun sulitku jalani, Tuhan pasti mengerti semuanya dan dia tidak akan membiarkan aku sendirian.BiarLah semuanya jadi pengajaran.
kiTa masih saling cinta, walaupun sudah berakhir namun sayan itu tidak akan pernah berubah.Akan ku pastikan ku memelukmu di syurga..

                                                                                                                        To Be Continued

1 comment:

  1. hujan mengerti hati ku...hujan jga turun ketika ku menangis

    ReplyDelete