Tuesday, August 31, 2010

soNGs 4 aLL pwenZ
Indahnya di geomatika
angin bayu mengasyikkanku
kau yang kerap di ingati dan dirindui
mungkinkah bersatu nanti
dalam mencari kebahagiaan
jika tiada yang pasti
sabar menanti
c/o
ku seru pada teman-teman
sinar dan malam ku
agar bisa engkau membilang
cintaku yang satu o sahabat.....
kau yang ku kasih tiada dua
tiada tiga
bukan hanya sekadar manis bicara
kau sahabatku selamanya......


Lagu ini special untuk teman-teman ku
maaf kiranya lagu ini semalam(30 ogos 2010)
membuatkan korang nangis
nanti bila kita semua sudah tamat study i will mizz u all
^_______^

CiNtA tErLaRaNG

CINTA itu adalah hadiah yang paling berharga tuhan berikan kepada manusia,memang sakit bila ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi..tetapi bagiku yang hilang biarlah hilang,yang pergi biarlah pergi kerana tuhan ada rencana lain dalam hidupku..
semua yang terjadi dalam hidupku membuatkan aku lebih tabah lagi.
aku punya seorang teman yang aku kasihi kerana sesorang itu juga sangat mengasihi dirinya..
teman ku pernah punya seorang teman lelaki yang sangat dia sayangi namun dia akhirnya kehilangan lelaki itu apabila lelaki terlibat dalam kemalangan dan pergi buat selamanya dan tidak mungkin akan kembali lagi buat selamanya,dia amat tersiksa dengan kehilangan itu dan yang paling menyedihkan hatinya teman lelakinya meninggal ketika hendak menjemputnya. Ketika dia pergi kerumah teman lelakinya itu dia sangat sedih dan menangis apabila melihat banyak puisi cinta tentang dirinya dan gambar-gambarnya ada di setiap sudut bilik lelaki itu..
Namun kehadiran seorang perempuan menyedarkan dia,perempuan itu mengatakan dia adalah teman wanita lelaki yang dia sayangi dan perempuan itu sudah lama bercinta dengan lelaki itu sebelum dia lagi,itu sangat menyakitkan buat dia tetapi dia harus terima semua itu.
perempuan itu menatap matanya dan mengenggam erat tangannya kerana perempuan itu tahu dia pasti terluka apabila mengatahui perkara itu,perempuan itu tersenyum dan berkata kepada dia begini..."aku sudah lama tahu akan hal ini tetapi aku biarkan saja kerana aku bukan jenis yang terburu-buru,lelaki yang kamu sayang juga adalah lelaki yang aku sayang dan kita mencintai lelaki yang sama.Dia juga selalu ceritakan tentang kamu kepada ku,dia begitu mencintai kamu lebih daripada aku tetapi aku biarkan saja kerana bagiku biarlah penderitaan aku menjadi kebahagiaannya,mungkin orang akan kata aku bodoh tapi aku tidak pernah peduli kata-kata orang.Aku bahagia bila dia bahagia,bagiku cintaku terhadapnya tidak buta tetapi sekadar untuk memahami
(CINTA ITU TIDAK BUTA TETAPI MEMAHAMI)
Aku mungkin banyak kekurangan tetapi aku punya cinta yang tulus,
kita telah kehilangan lelaki yang kita sayang,tetapi aku tidak pernah menyesal selama ini kerana aku telah berkorban untuknya"..

to be continue...